Tuesday, September 16, 2008
Dah pukul berapa nih (sewaktu blog nih bertaip dengan jari aku larr) mata aku still tak dapat lelap. Dah puas aku pusing kekiri, kekanan, bergolek-golek atas katil tetap tak nampak tanda-tanda mata ini nak lelap.

Telinga aku plak sebok dok melayan album baru Soulfly bertajuk Conquer yang siap aku download. Tu pun puas aku menunggu sebab line intenet agak lebab selembab baju jiran sebelah yang sudah dibasuh selepas diperah sewaktu berjemur di ampaian.

Aku mula bermain-main dengan rambut aku yang kurasa macam da nak potong sesangat dah nih. Nak kata panjang, tak larr panjang sangat, tapi kalu orang tua kat kampung tengok kompom aku direject untuk dijadikan calon anak menantu dan digelar anak hantu.

Kebetulan pulak sekarang ni bulan Ramadhan, sumer setan dah terbelenggu tapi macamana plak dengan hantu?

Nampak gayanya aku dah kian mengarut dan melalut.

Happy Nuzul Al-Quran

Labels: ,

posted by inam kitites at 4:30 PM |



0 Comments: