Sunday, February 27, 2011
1986-1992
Sek. Ren. Ibrahim Sg.Petani Kedah
aku dipilih menjadik goalkeeper wakil sekolah dan negeri tapi tarik diri saat akhir sampai efek pada pasukan sekolah & negeri kalah teruk!!

1993
Sek.Men.Agama pondok pak ya
student yang pertama jalan kaki dari asrama ke tempat belajar yang amek masa perjalanan sejam setengah setiap hari selama sebulan!!

1994
Sek.Men Al-Khairiah Temerloh Pahang
aku join team bola rumah kuning dan bley bawak team bola menang utk kali pertama dalam sejarah rumah kuning!!

1995
Sek.Men Al-Ihsan Tg.Api
sejak aku masuk sekolah tuh bebudak hostel form 2 yang baek start jadik nakay disebabkan aku dan buat pertama kali dalam sejarah perang dingin form 5 & 4 disebabkan dari aku dan geng form 2 & 3.

1996
Sek.Men Paya Besar Ktn
aku dan BLACK antara student terawal yang mewujudkan rasa ingin datang kesekolah setiap hari sabtu pada setiap budak nakal dengan membawa gitar dan melalak dari pagi sabtu sampai ke petang

1997
Sek.Men Vokasional Ktn
sewaktu senior (form 5) sebok amek periksa percubaan SPM, member baek aku BLACK bikin kecoh bila petrol-car dtg skolah dan dyer kena tgkp sbb bwk ganja dan ganja tuh hadiah hari jadi untuk aku tapi aku ponteng sekolah waktu hari BLACK kena tgkp!!

1998
Sek.Men Teknik 2 Ktn (sekolah yang sama tapi nama tukar sebab telah dinaik taraf)
hampir semua form 5 buat pertama kali melakukan jenayah juvana beramai-ramai dengan merompak hampir kesemua peti pondok talipon sekitar bandar kuantan kerana tak puas hati dengan sistem kerajaan!! dan aku salah sorg yang memboikot SPM kerana pihak sekolah memulaukan BLACK dari sistem sekolah.

tujuan aku dedahkan fakta ini bukan bertujuan bermegah-bangga tetapi sebagai contoh supaya KORANG JANGAN JADIK MACAM AKU!!

Labels:

posted by inam kitites at 8:35 AM | 1 comments