Thursday, January 26, 2012
Alkesoh..tersebut la perihal seorang lelaki Islam ponteng sembahyang jumaat.
Dia tak pegi mesjid tengohari te, tapi dia pegi masuk hutan untuk memburu ayam hutan, kala jumpa kancil ker, pelanduk ker dah kira rezeki la.....

Tengoh dia terhendap2 kat dalam semok tu, tiba2 dia terlanggor dengan seekor RIMO yang tengoh lena tidur.
Dia pon terkeranjat beruk, dan senapangnya tercampok lalu tergelungsur ke bawoh tebing. Dia pulok tergolek ke aroh lain, dan jatuh ke atas batu dan PRAKKKK!! Kedua2 beloh kakinya patoh.

Jangan riso .. ini bukanlah berita buruk yerk. Ada lagi ..
Berita buruknya adalah RIMO tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh nok bergerok lagi.

Dalam pada tu, lelaki tu pon berdoa la... "Ya Allah,"....... "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 suasana dalam hutan tu sunyi sepi! RIMO tadi tiba2 terhenti betul2 kat depan lelaki tadi.

RIMO tu tiba2 njadi seekor rimo yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadoh kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fiima razaktana, wa qiina 'azzaabannar. Amin! "

credit to:- apai (pengolah cerita terbaek)
posted by inam kitites at 9:28 AM |



0 Comments: