aku sudah disogokkan dadah oleh mereka
dengan sekian lamanya
supaya aku takut untuk enggan menikmati kemewahan dunia
yang terhidang dari awal..
jika aku berterusan menyanggah
maka bergelar pengkianat tanah air kononnya..
cis sial!!~
merdeka itu barua!!
merdeka itu penipu!!
merdeka itu buta!!
ya!!
mungkin kerna aku hanya sekadar menghirup udara
yang hanya selepas hayunan tapak tangan kanan keudara
maka mungkin jua aku gagal menghargai ertikata perih jerih semangat moyang kalian.
ya!!
mungkin kerna aku yang keluar
sekitar penghujung era gila berdansa
maka aku makin galak lagi liar dengan prasana yang terhidang.
biarkan aku menentang
biarkan aku melawan
biarkan aku menyanggah
biarkan melantang menggayang
kerna aku bosan dengan suntikan dadah bekalan pihak berkuasa!!
salina wahab
1108
290911
pasir gudang johor





