Wednesday, August 21, 2013
Beberapa hari sebelum 31hb Ogos.


Dua orang lelaki yang berlainan usia melewati sebuah kawasan di Jalan Hang Jebat selepas hajat mereka untuk ke Taman Merdeka melihat cendawan gergasi terbantut akibat kawasan berkenaan sudah dipagari dengan zink biru. Ini berikutan tersebarnya khabar angin kononnya cendawan gergasi itu akan membesar serta menjulang ke langit yang akan diberi nama Menara Wawasan.


Lalu..


ATAN: Kenapa ramai sangat orang ni Tok? Ada apa ni?


ATOK: Oo.., tempat ni namanya Stadium Merdeka, Cu. Sekarang ni bulan merdeka jadi kalau dah ramai-ramai gini biasanya ada acara Pesta Bola Merdeka. Dulu pasukan Malaysia kuat Cu, banyak pasukan-pasukan bola dari luar negara datang nak lawan dgn kita. Jepun datang, Korea datang, Rusia datang. Haa Republic Czech pun pernah datang. Eh moh lar kita nengok bola Cu.


Lalu Si Atok dan cucunya memasuki ke dalam stadium selepas Si Atok membeli tiket di kaunter tiket.


ATOK: Celake punya kerajaan sekarang, mentang-mentanglah dah berpuluh tahun merdeka, tiket bola pun nak jual mahal ke?! Sudah la masa zaman penjajah dulu, mereka kaut segala macam hasil bumi ni, sekarang sudah merdeka pun nak cekik darah jugak ke?!


BOMMM!!


Tak semena-mena, Si Atok tadi mati akibat serangan jantung dek terkejut mendengar bunyi letupan yang kuat hasil gimik kumpulan rock dari Amerika Syarikat untuk pembukaan lagu Enter Sandman. 20 tahun dulu kalau mahu Metallica datang Malaysia ianya dianggap sebagai perkara mitos.


ATAN: Tepuk amai-amai Metallica.


-TAMAT-
posted by inam kitites at 6:40 AM | 0 comments