Setelah kecoh di sana-sini membicarakan isu Menteri Besar Terengganu meletakkan jawatan secara mengejut, isu demikian jua turut menjadi perbualan penduduk kampung Pantai Monika Bay yang di dalamnya terdapat satu kedai kopi di mana penduduknya sering berhimpun untuk membuang sisa-sisa kehidupan harian setelah penat bekerja di siang hari.
Pok Wang Jendul tersenyum riang dengan isu yang hangat diperkatakan kini sambil menghirup kopi-o hitam pekat cap Budu Tereng.
"Bijok ahh... Mu doh takdok, senang arr sek-sek ni nok kambek esok" bisik kecik Pok Wang Jendul sebaik sahaja beliau membelek suratkhabar mukasurat halaman sukan.
"Hambok Pok Wang, senyum lebor napok, bahang nobo ekor ke guane? Hutang kopi bulang lepah bile nok bayor?" tegur Pok Huseng tauke Kedai Kopi Kampung 1M'sia.
"Mung doksoh risa arr Seng... Mat Said doh benti jadi embi ni, ade cang arr aku bayor habeh belake hutang kopi mu nih"
"Guane plok gitu? mung nok naik ganti Mat Said plok ke guane? Gurau molek mung ork"
"Babpe nak ganti dianyer, layang aku, ni hah, kalu dia benti jadi embi maknanyer ade cang la Titing menang esok nih, sebab dia arr aku sokmo kaloh betting, sokmo dok kaca Azraai Khor nok bowok naik Titing ekk" jawab Pok Wang yang tersengih dengan penuh yakin dan confident yang 100%.




