Monday, March 30, 2009
tiada yang lebey bermakna sewaktu aku pulang kekampung halaman..
segalanya tak dapat ku ceritakan..

Drama Terbiar
Tidakkah daku dengari
Persengketaan sesama sendiri
Sesuatu yang merugi

Kau pahatkanlah cerita
Derita pahit tawa
Oh bagai drama terbiar

Kembalikanlah semangat setiakawan
Dikau mahkluk tuhan
Jangan bermusuhan
Timbulkanlah perpaduan
Pada kasih dan taulan

Bangun untuk berdiri
Belajar dan sesat lagi
Semua khalifah muka bumi

Kau pahatkanlah cerita
Derita pahit tawa
Bagai drama terbiar

Kembalikanlah semangat setiakawan
Dikau mahkluk tuhan
Jangan bermusuhan
Timbulkanlah perpaduan
Pada kasih dan taulan

The Troublesome...

Labels:

posted by inam kitites at 11:31 PM | 1 comments
Thursday, March 12, 2009
Kesah pertama..

Kira-kira sebulan lalu, aku ditugaskan untuk mengambil Eppo dari Pekeliling dan anta ker umahnyer kat area Meow Road.. Aku dengan berbekalkan seberapa keyakinan begegas larr ke lokasi dengan keadaan motor "SS TWO" yang bocor exzosnyer (yer ker aku eje nih).

Elok plak time tuh dalam area kul doblas tengah malam, so paham-paham larr, maunyer tak bergaung malam tuh..

Selesai amek Eppo dari lokasi dan macam biasa kami berdua mesti lepak minum kat Mapley yg agak dekat larr ngan umah Eppo..

Aku yang agak kebulur tak mkn dari siang pun dengan semangatnyer order nasik goreng mamak telor mata sedangkan tukang masak melayu ader..(biasa larr mengada) Eppo plak just order ruting menunya "maggi goreng"

Dalam kurang 5 menit menu rasmi Eppo pun sampai utk dijamah dan aku terus menanti menuku untuk dilahap..

5 menit lepas tuh sepasukan rela datang serbu ke Mapley tuh dan yang bestnyer 2, 3 kali skuad RELA perati kami (nak tahan ker tak nak) last-last cheif rela sound

"yang korang g situ buat aper? nih dalam kedai nih.."

Bley kater seme pekejer mapley tuh larr kena angkut dan aku terus belapar...tapi Eppo sempat pegi siasat dalam kedai dan sempat menjeling kat area dapur..dyer cakap nasik aku dah siap cuma telor mata jer dalam kuali..

Rezeki tuh urusan tuhan..

Dan besoknyer kuar berita rush RELA kat pandan dan sorang pompuan INDO terjun bangunan dan patah kakinya.

Kesian..aku lapar jer...

Labels:

posted by inam kitites at 9:21 PM | 1 comments
Monday, March 9, 2009
terceliknya bebola mata aku ini
aku akui aku memang tak sedar diri
terhidu dari hidungku akan aroma harum mahupun tengik
aku akui aku memang tak tahu wangi ataupun busuk
terpacul kata-kata yang tak tersengaja
aku akui aku memang tak paham bahasa

meniarap
mengesot
merangkak
bertatih
berjalan
berlari lalu melompat

......
????

aku makin mengerti dan kenal objek dihapadan ku
aku semakin tahu bau apakah itu
aku semakin petah untuk meluah walau bukan untuk segalanya

aku hanya aku!!
dan aku bukannya dia!!
apatah lagi dia itu,
yang sememangnya bukan aku
dan dia jua bukan kau yang mendengar
tapi mengapa masih ada yang tak ternampak hahh!!

......

yarrr!!!
memang berbeza..
tapi bukannya semuanya beerbeza..
sama tetap sama
dan beza takkan sama

....

bagaimana nak dinyata kata hati ini
kata-kata yang ingin berbicara
ingin menyatakan dengan mudah
tapi agak terlalu susah lagi payah akan sukar untuk berdepan dengan mudah

wahai jati
wahai diri
wahai badan
wahai hati
wahai sekujur tubuhku ini
janganlah kau mengalah dengan mudah
janganlah kau mengalah dengan semua ini
janganlah kau biarkan itu semua
dari terus mengilai aku yang lemah ini
diluar itu tetap sama walaupun bebeza
walaupun ketara beza tapi sama tetap ada
biarpun diletakkan kasta
walaupun diasing tara
jikalau darjat menjadi budaya
mahupun taraf dibandingnya
lubang keluarnya ia tetaplah sama!
baik binatang, haiwan ataupun orang
lubangnya tetap sama

jangan mudah tertunduk dengan kuasa mata
kerna mata badan binasa
kerna mata papa kedana
kerna matalah nafsu mengila
kerana mata kita gembira
kerana mata kita berkuasa
kerana mata kita merana
kerana mata kita dihina
dicela, dicerca, dilupa
dan semuanya kerna mata
hanya kerana mata
mata
mata
mataaaa!!!

aku tetap aku
kau tetap kau
dia tetap dia
kita tetap kita
mereka tetap mereka
KAMI TETAP KAMI!!!

-----------------------------------

salina wahab
0311
07032009

Labels:

posted by inam kitites at 10:15 PM | 0 comments