Wednesday, October 29, 2008

Labels:

posted by inam kitites at 2:30 PM | 0 comments
Monday, October 27, 2008
Bermula dengan Raya Hari Kemerdekaan, disambung pula dengan Raya Aidilfitri dan belum pun sempat sebulan beraya sakan mengalahkan orang yang berpuasa penuh disambung pula dengan Raya Deepavali.

Sinonimnya raya pastinya agenda rumah terbuka. Sebut jer rumah terbuka pasti akan timbul ceritanya tersendiri.

Mengimbau gelagat rumah terbuka kadang-kala pasti tercuit hati.

Dahulu agenda rumah terbukalah tempat bersua muka yang kononnya jarang berjumpa. Dan waktu aku kecik-kecik dulu aku hanya minta alamat rumah, tak pun no talipon rumah untuk teruskan ikatan perkawanan.

Melangkah ke alam menengah plak kami bertukar-tukar email pulak dan bila saja tamat jer zaman bangku sekolah pertukaran no. henfon pulak mengambil giliran.

Dan kini aku terdengar perbualan curi dengar di open-haus...

"ader friendster?"
"ader meyspeh?"
"ader facebook?"

Apa pula yang bakal bertukar pulak selepas nih, aku pun tak terbayang lagik.

Labels:

posted by inam kitites at 3:35 PM | 0 comments
Thursday, October 16, 2008


Yer..Memang aku terkenang akan kenangan itu. Selama ini aku hanya mendengar citer buah mulut orang tapi kali ni aku sendiri yang mengadap sendiri dengan tanpa rela.

Berteman simen, dinding, siling simen, gerigi besi, mangkuk jamban, baldi besar, pili air, sabun dan tingkap. Aku jua disokong berserta dengan selimut, sepasang master, 2 kole dan sepasang street wear aku sendiri.

Disitu jua aku berkenalan dengan Habuk, Spark, Pai, Bulu, Sumbu, Serbuk, Air, Roket dan macam lagi gelaran.

Sememangnya aku diasingkan terus dari dunia yang aku kecapi sekarang. Walaupun hari melaluinya adalah sehari namun ia tetap berkesan dan amat bermakna untuk aku sekadar rakyat marhain yang hina-dina nista.

Labels:

posted by inam kitites at 9:55 PM | 2 comments