Tuesday, February 4, 2014

sejujurnya gua memang rindukan kerja roadie/krew di pentas. gua rindukan kefokusan sesuatu agar tidak tercetusnya sebarang kesilapan teknikal. gua rindukan kecergasan berlari kelam kabut agar segala program berjalan lancar dan dalam awal video live ini (0.40) meningatkan kembali zaman gua menjadikan roadie sebagai kerjaya.

walaupun tak banyak pengalaman pahit mahupun manis yang gua tempoh serta kadang-kadang bayaran yang tak setimpal (pernah jgk dapat upah mkn maggi mamak je) akan tetapi gua tetap enjoy bila dapat melihat segalanya berjalan lancar.

tapi bukan kisah roadie/krew yang gua nak bercerita tetapi perasan enjoy walaupun tak berbaloi. mengambil bait lirik lagu ini...

"aku tidak pernah nak minum lagi,
aku hanya, aduh, aku hanya perlu teman,
aku tak mahu menghabiskan sepuluh minggu,
adakah semua orang fikir aku munafik?"

keseronokkan gua menjadi roadie/krew hanya kepuasan yang sukar digambarkan kerana ia menuntut kepada saraf peka dan fokus dan mengapa gua jadi demikian?

mungkin kerana gua tak punya teman untuk meluahkan bicara hati gua, jika gua murung gua akan cuba mendengar masalah dan keluhan hati orang lain kerna gua percaya, orang lain lagi teruk keluh isihatinya dari gua maka dengan cara itu gua kembali bersemangat agar tidak murung berpanjangan.
posted by inam kitites at 11:39 AM |



0 Comments: