Thursday, January 26, 2012
Alkesoh..tersebut la perihal seorang lelaki Islam ponteng sembahyang jumaat.
Dia tak pegi mesjid tengohari te, tapi dia pegi masuk hutan untuk memburu ayam hutan, kala jumpa kancil ker, pelanduk ker dah kira rezeki la.....

Tengoh dia terhendap2 kat dalam semok tu, tiba2 dia terlanggor dengan seekor RIMO yang tengoh lena tidur.
Dia pon terkeranjat beruk, dan senapangnya tercampok lalu tergelungsur ke bawoh tebing. Dia pulok tergolek ke aroh lain, dan jatuh ke atas batu dan PRAKKKK!! Kedua2 beloh kakinya patoh.

Jangan riso .. ini bukanlah berita buruk yerk. Ada lagi ..
Berita buruknya adalah RIMO tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh nok bergerok lagi.

Dalam pada tu, lelaki tu pon berdoa la... "Ya Allah,"....... "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 suasana dalam hutan tu sunyi sepi! RIMO tadi tiba2 terhenti betul2 kat depan lelaki tadi.

RIMO tu tiba2 njadi seekor rimo yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadoh kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fiima razaktana, wa qiina 'azzaabannar. Amin! "

credit to:- apai (pengolah cerita terbaek)
posted by inam kitites at 9:28 AM | 0 comments
Wednesday, January 18, 2012
wow!!

Macam biasa.., kalu dah lama tak update blog mesti 1st kuar "lama nyer tak update blog" lepas tuh cerita kenapa lama tak update blog dan bla bla bla....

Ok ok..Sejujurnya aku takde isu yang nak diajak berkongsi cerita, maybe kisah hidupku tak sehebat filem box-office "KONGSI" jadi tak dapat lar aku nak berkongsi cerita. Lagipun kalu aku berkongsi jugak bukannyer ada pun orang nak dengar atah lagi baca.

Tapi tu tak bermakna aku hanya menjadi stalker blog org laen bila aku dah malas nak menaip tapi aku sedang menikmati betapa indahnya cerita orang laen tapi tuh tak bermakna aku tak bersyukur dengan kisah hidup aku.

2011

Sepanjang 2011 yang lalu tak banyak sangat cerita gembira berbanding tahun sebelumnya, mungkin kerna aku kini sedang memilih jalan gaya hidup sederhana tapi antara berita gembira untuk aku sorang jer ekk pada taun ni, air febret TEH-O aku dikurniakan cahaya mata pertama, putri lagi. Tahniah dan ulang tahunnya pun dah tak lama lagi semoga kehidupannya senantiasa diberkati hendaknya -amin-

Antara lain pula si mata cantek dah kepelamin dan tiada lain hanya itulah antara berita yang paling aku happy sepanjang 2011 tapi sayangnya aku gagal menghadirkan diri dihari besar mereka dan berita terbaru si mata cantek dah tak sabar dengan gelaran ibu..yey!! Kali ni aku janji akan jumpa korang bila baby tuh kuar (kalu tak pandai janji tak elok janji mat-->tegur salina wahab dari belakang)

Dan tahun 2011 jua aku bertemu dengan bini joker (gelarang yang diberi oleh EDY TEMPE) yang masih lagi bersabar dengan kerenah kuno aku yang aku sendiri tak tau bila nak berubah walaupun selalu dimaki dek salina wahab.

Untuk adik bongsu aku plak aku hanya mampu tumpang happy jer bila dia dapat 2 berita gembira tentang dunia bowlingnya dan antara hasratnya tercapai iaitu beli henfon dengan hasil kerjaya sukannya dan "dapat gak dia bela kucing".

Mulanya ada sekor kucing ni sesat kat rumah aku. Sian plak aku tengok, dah la kecik lagik, bisu plak tuh tapi skrang dah jadik 8 ekor kucing kat umah tapi si BISU ni beranak 5 ekor jer yang 2 lagik member abah aku kasi sepasang.

MUZIK

Ada yang tanya "apa dah jadi dengan TERATAK RETAK" so dengan selamba aku jawab "tunggu offer" tapi disamping tuh aku rasa sangat bertuah kerana dalam tahun 2011 jua aku berjaya mencapai hasrat dalam band walaupun bukan dari band sebenar aku (thx BAFRO)

TOUR PENIS-ular JEJABUS KANGEN berjaya walaupun tidak sempurna 100% namun aku sangat gembira dengan line-up band ni tapi yang mendukacitanya pula aku gagal memberi tumpuan pada satu lagik band projek NO HOPE pasal selalu bertindih dengan tour JEJABUS KANGEN (sori RAFIZ..sori sangat2).
penutup tour jejabus kangen

SUKAN LAUT

Nampaknyer tahun 2011 nih aku main skimboard sorang2 larr sebab yang lain terlalu sebuk dengan hal masing2.. Takper, gua tak kerja, so boleh lar gua pulun kaw-kaw.

Untuk season 2011-12 nih aku rasa bertuah pasal antara hasrat aku dari kecik sudah tercapai. Trip tepi laut yang best buat masa ni, tapi bila ditanya bila nak transfer so aku jawab "tak kot sebab tak orang nak main skimboard"

TAHNIAH to GANDOM TC SURF SOCIETY

jadi tak banyak sangat cerita yang bley dikatogarikan (macam pelik jer aku eja) sebagai menarik namun dalam masa yang sama aku tak lupa untuk hadiahkan al-fatihah kepada insan penting pergi bertemu yang esa moga ia di tempatkan di tempat yang sepatutnya -amin-.

posted by inam kitites at 11:33 AM | 0 comments
Sunday, January 8, 2012
tak mustahil suatu masa nanti bakal wujud
gencatan keyboard mengantikan gencatan senjata!!
tetapi agak mustahil kerana
perang mulut sentiasa bergema mengantikan perang dingin!!

salina wahab
0238
08012012
desaru JOHOR
posted by inam kitites at 10:41 AM | 0 comments