Kesah ke-2
Semalam aku dapat jugak meluangkan masa melepak dan membuang masa lebey kurang 3, 4 jam. Dalam lebey kurang pukul 2 lebey epul datang kerumah aku dengan bantuan Edil dan Ba'am. Walaupun Epul dah dekat 4 bulan jadi warga KL tapi pada aku bahaya kalu dibiarkan Epul bawak kereta tanpa manual GPS. hargh hargh.
Selepas jer dyorg kinnap aku dari umah dyorg terus menonong ke NZ baru kat depan KLCC. Tercapai gak hajat aku nak lepak situ sebab aku memang malas kalu lepak sorang2 kat situ. Banyak gak lar yang kami borak. Dari hal kerja masing, sejarah peribadi, gosip,mengumpat, agama, arak, husin dan last sekali, reka bentuk bangunan.
Sedar tak sedar masing-masing dah 2, 3 gelas dan jam larut hingga ke jam 5 lebey dan kami pun balik. Sesampai jer aku kat rumah dan secara kebetulan aku terdengan azan Subuh.
"Fuhh dah lama aku tak dengar azan dari rumah aku nih, ingat ker sebab jauh, clear plak tuh." detik hatiku.
Persoalannyer betul ker selama ni aku tak dengar atau time subuh tuh aku syok dok layan tido?
----------
Kesah ke-3
Aduh laparnyer perut nih..Duit tak berapa nak ader nih..Camner nih..kena g beli meggi larr buat alas perut.
Dan berbekalkan 5 hinggit didalam beg duit hadiah dari adek aku, aku terus dengan lantas bergegas ke kedai dan mencari Meggi bihun perisa tomyam dan terus aku beli.
Sampai jer kat rumah aku terus tanak air untuk buat mee segera..Lapor weih..
Ttak lama selepas tuh aku terdengar azan Azar dan ini membuktikan bahawa memang sah untuk soalan di atas. Aku syok sangat tido...
---------
Kesah ke-4
Tengah dok melayan jari nih menari atas papan kunci usang nih untuk bacaan korang yang terbuang sekali lagik aku terdengar azan dan kali ini azan Isyak...
Persoalannyer kenapa baru sekarang aku dengar laungan azan yang cukup jelas sedangkan dah dekat setahun aku berumah kat sini. Apakah aku pekak?
"Aneh!!! Semayang!!!"
"Baik Mak"
Labels: Penglibur Karut