Wednesday, March 26, 2008


Saper kawan baek aku? 1st sekali saper kawan aku? And then yang paling-lah 1st larr aku rasa, amender tuh kawan?

Kalu nak diikutkan dari kecil lagi aku tak penah dapat kawan yang kekal lama. Alah..., lagik pun mana ada dalam dunia nih benda yang kekal manjang...yer tak?

Waktu aku skolah rendah kat dulu aku cukup rapat dengan Aizal. Banyak sweet memory aku ngan dyer. Budak penang yang kekadang aku jeles dengan hidupnya. Dia anak bongsu dari dua beradik dan kakak dia plak belajar kat penang dan tak duduk sekali dengan diorang. Jadik aku rasa korang mesti pahamkan.

Salah satu sweet memory ngan mamat nih yang still segar dalam memory aku, waktu aku merajuk, tapi sebab apa aku merajuk aku dah tak ingat. Waktu tuh aku merajuk dan blah tinggalkan kawan aku waktu tengah syok bermain. Agak jauh gak aku berjalan kaki. So si Aizal nih lah yang folo aku kemana aku berjalan padahal aku tak ajak dia pun. Aku pun tak tau kemana nak pegi waktu. Aku berjalan berjalan berjalan sedar-sedar dah satu perumahan aku meranjau and si mamat nih tetap ikut kat sebelah aku. Aku pun tak tau asal dia ikut aku. Dan yang aku ingat lagi waktu tu aku rasa geram sangat dan aku rasa akulah kawan yang paling tak guna in this world. Dalam tak sedar mata aku berair (budak-budak). Si Aizal lak just bley tgk jer aku menangis tak bersebab dan tak tegur aku sampailah aku berhenti kat satu padang yang bebetul kat depan umah dyer. Sampai kat situ dia bercerita macam-macam dan semer tuh aku dah tak ingat amende yang dia bercerita (maybe sebab aku geram sangat kot). Lepas beberapa hari baru aku sedar yang aku memang rapat dengan dia.

Kitorang mula jarang kontek bila masing-masing masuk menengah. UPSR aku teruk dan Aizal plak dapat best result. Tapi bukan itu puncanya kitorang rengang tapi abah aku anta aku ker skolah pondok. Dan itu tak bermakna aku salahkan abah dan takdir.

Labels:

posted by inam kitites at 5:45 PM | 0 comments
Suatu pagi ketika seorang suami hendak berangkat ke tempat kerjanya..


Suami : "Ema.. abang pergi dulu ya"
Isteri : "Abang tak sarapan dulu?"
Suami : "Tidak.. abang nak cepat nie!"
Lalu sisuami mencium bibir isterinya dengan mesra dan
berkata "inilah sarapan pagi abang"

Tengaharinya. . si suami pulang kerumah..

Isteri : " Ada apa abang balik kerumah tengahari ni?"
Suami : " Ada sesuatu yang tertinggal"
Isteri : Marilah makan tengahari dulu"
Suami : "Tak pe lah.. abang nak cepat nie"
Lalu dengan mesranya sisuami menghampiri isterinya dan
mencium "dadanya" sambil berkata "inilah makan tengahari abang!"

Petangnya.. ketika si suami pulang dari kerja dia terkejut melihat sikap
isterinya yang duduk tanpa pakaian diatas periuk nasi yang panas membara..
lalu betanya..

Suami : "Awak sedang buat apa tu?"
Isteri : "Panaskan makan malam bang!"


!@#$%^&&*

Labels:

posted by inam kitites at 7:53 AM | 0 comments
Seorang guru, Cik Waheeda (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?" Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cik Waheeda dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cik Waheeda terangkan keadaan
tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian
kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cik Waheeda terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2
UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua
memandan g Cik Waheeda dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya
berada di darjah 6", Lalu Cik Waheeda berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cik Waheeda: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki Cik Waheeda: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cik Waheeda: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya
berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cik Waheeda: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus
menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara
duduk dan anjing secara tiga kaki? Mata Pengetua sekali lagi terbuka
sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya,
okay?
Abu: Baik Cikgu

Cik Waheeda: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cik Waheeda.
Abu: Khemah

Cik Waheeda: Jari memasuki saya. Awak menggesel-ge sel saya bila awak
teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan

Cik Waheeda: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan
meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu
Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya .
Abu: Hidung

Cik Waheeda: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cik Waheeda: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cik Waheeda: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of
heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cik Waheeda: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get
it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cik Waheeda: What is it that all men have one of. It's longer on some men
than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife
after they are married?
Abu: Surname

Cik Waheeda: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

P /s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang m'punyai pemikiran kuning..hehe!

Labels:

posted by inam kitites at 7:51 AM | 0 comments
Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"

Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..

"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?"

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..

"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"

"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu...

"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?" tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"

Labels:

posted by inam kitites at 7:48 AM | 0 comments
Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...



Labels:

posted by inam kitites at 7:47 AM | 0 comments
Tuesday, March 25, 2008
Alangkah indahanya sukan kita jika tidak dipengaruhi oleh sentiment politik. Untung peminat bola sepak Kedah. Dahla rakyatnya dapat tengok bola free, team Kedah pulak menang besar ngan Perak. 5-1 beb. Waktu bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional team Kedah dah memang kuat, tapi bila Parti Pas pulak yang ambil alih tampok pemerintahan negeri jelapang padi nih makin menjadi-jadi pulak. Tahniah untuk KFA. Walaupun KFA kena bayar levi ke FAM mengikut undang-undang bola sepak malaysia tetapi diharapkan ia dapat memberi mesej yang jelas untuk FAM. Tuh pun kalu FAM faham.

2008


2007/08


Final Piala M'sia 2007


1993


Hindari Politik Dalam Sukan
posted by inam kitites at 5:49 PM | 0 comments
Tuesday, March 18, 2008
Orang cakap kita tak bley dapat seme yang kita nak dalam dunia nih. Kononya kalu kita nak satu benda tuh kita mesti korbankan satu benda lain. Kadang-kadang benda yang nak kita korbankan tuh berharga dalam hidup kita.

Yer ker?

Bukan ker kalu kita nak semer mender tuh da macam kita nih nampak macam tamak. Orang tamak selalu kenyang. Dan orang yang selalu nak perfect dalam hidup pun bley diklasskan sebagai selfish.

Sebelum aku begini pun aku hampir berjaya dalam kerjaya. aku berjaya membentuk, mencipta, dan mengubah tetapi belum sempat aku merevolusikan sesuatu.

Adakah aku cepat mengalah?

Mungkin yer untuk padangan dunia globali-sarsi yang kononya perlu dengan metal-realistik.

Argh pegi mampus dengan semua itu.

Labels:

posted by inam kitites at 7:00 AM | 0 comments
Friday, March 14, 2008
Tertekan,
Ditekan,
Penekan,

Bermacam-macam perasaan bercampur-baur. Hidup makin kering dengan mengadap monitor harta seketuik yang ada bersama beberapa ketul harta yang lain.

Labels:

posted by inam kitites at 4:14 AM | 0 comments