Malaysia..
Malaysia..
melesia..?
Zaman kecilku penuh bangga dengan namamu,
Ku dididik, ku diasuh, ku diajar, ku dibentuk dan
pelbagai di lagi telah diterapkan dizaman kecilku.
Zaman darjah rendah pula aku di kenalkan sistemmu,
matematik mu, bahasa mu, agama mu, alam mu dan
pelbagai mu lagi telah dikenalkan untuk ku.
Zaman menengahku pula aku diperluaskan lagi,
Sains, Geografi, Ekonomi, Sastera, KHB dan
pelbagai subjek lagi dipermesrakan untuk diriku yang kerdil ini.
Sistem terma pelajaranmu menjana impak fikiranku
ku kenal kaca dan belian,
ku faham dosa dan pahala,
ku tahui kejam dan jasa,
ku fasih mulia dan hina,
sehingga aku berpaling tadah kepada mu
yang menjana.
Adakah aku mangsa si pemangsa?
Adakah aku bahan si pembahan?
Adakah aku kajian si pengkaji?
Adakah kerna itu aku disingkir untuk lebih mengetahui?
Kurasakan diri ini tak ubah seperti super-hero (Captain Amerika)
Tak ubah seperti tikus putih untuk gajah putih.
Dari warga negara ke mantan warga negara.
0420
29012008
salina wahab
Labels: Karya



