Wednesday, September 17, 2008
TEASER OPERA Lauching EP












Labels:

posted by inam kitites at 2:43 PM | 3 comments
Asal aku berbuka kat luar (mean makan yang best-best) mesti bila dah sampai kat umah aku terlelap. Dah 2 kali dah jadik camnih.

1st waktu berbuka kat area Uptown Damansara. Lauk sedap gak. Aku, Poji, Abong dan Barai. Kami berempat jer. Cadangnya si Abong ada jugak ajak Boyer, Alim dan Lai tapi last-last kami jer yang ada.

Taun lepas pun program Abong pun macam nih gak. Dia ajak ramai kawan-kawan dia. Tapi waktu tuh kat Sate Samurai (hehehe) kat Uptown Damasara jugak. Punya la banyak Abong ni order sate tapi yang mengadapnyer aku, Poji dan abong. Teringat plak citer Aflin dan filem BULI.

(weih!! ni dah lari topik nih)

Ok berbalik dari citer 1st tadik. Settle jer makan terus balik kerumah tanpa ada rasa nak ke Surau ker Masjid ker. Lepak dalam bilik terus terlelap. Bila bangun jer terus tangkap MIGRIN.

Malam nih pun sama. Kitorang berbuka kat area Damansara Perdana plak kat Restoran Baloh. Kali nih Fendi OPEN TABLE. Check clear katanyer. Balik umah pun sama terlelap. Bangun-bangun MIGRIN.

Tapi time aku berbuka kat umah takder plak rasa nak tido lepas berbuka dan takder plak MIGRIN. Bila dipikir balik baik aku berbuka jer kat umah. Badan sihat, otak cerdas.

Labels:

posted by inam kitites at 2:43 PM | 0 comments
Tuesday, September 16, 2008
Dah pukul berapa nih (sewaktu blog nih bertaip dengan jari aku larr) mata aku still tak dapat lelap. Dah puas aku pusing kekiri, kekanan, bergolek-golek atas katil tetap tak nampak tanda-tanda mata ini nak lelap.

Telinga aku plak sebok dok melayan album baru Soulfly bertajuk Conquer yang siap aku download. Tu pun puas aku menunggu sebab line intenet agak lebab selembab baju jiran sebelah yang sudah dibasuh selepas diperah sewaktu berjemur di ampaian.

Aku mula bermain-main dengan rambut aku yang kurasa macam da nak potong sesangat dah nih. Nak kata panjang, tak larr panjang sangat, tapi kalu orang tua kat kampung tengok kompom aku direject untuk dijadikan calon anak menantu dan digelar anak hantu.

Kebetulan pulak sekarang ni bulan Ramadhan, sumer setan dah terbelenggu tapi macamana plak dengan hantu?

Nampak gayanya aku dah kian mengarut dan melalut.

Happy Nuzul Al-Quran

Labels: ,

posted by inam kitites at 4:30 PM | 0 comments
Wednesday, September 10, 2008
Satu hari aku melepak. Menjalankan aktiviti kono harianku. Aku terpandang sorang awek yang agak sebaya dengan diriku ini.

"Ader peluang kalu aku adjust awek nih." detik diriku yang sedang kusyuk.

Belum sempat aku nak mengorat, dia datang dekat aku macam nak ngorat aku plak. Agak cuak sekejap aku.

"Pakcik..sekarang pukul berapa?" tanyanyer yang dalam sedekit kelam-kabut.

Alamak!! Aku tak sedar. Dah tua rupanya aku ni.

Labels:

posted by inam kitites at 10:10 AM | 3 comments
Tuesday, September 9, 2008
Fuhh!!
Letih aku berjalan-jalan sepanjang hari tanpa matlamat dan tujuan pada hari ini. Kadang-kadang terfikir jua aku tentang sistem pengangkutan awam sekitar Lembah Klang ni. Setahu aku peruntukan bajet baru boley tahan jugak.

Tapi setakat mana?

Tunggukan ajer..

Sambil menanti kehadiran Putra LRT di stesyen yang kurang sambutannya ini boleh dibilang bilangan penggunanya.

Tak jauh sebelah kiri (kira kalu dyorg berbisik pun aku bley dengar) 2 budak sekolah sekitar usia 15-17 tahun sungguh asyik dengan cerita masing.

Diseberang pula kelihatan 2, 3 kerat pengujung yang hadir sehinggalah hadir seorang kaum hawa yang aku tidak pasti keturunan apatah lagi agamanya. Sungguh seksi pakaiannya.

Asyik aku terpandang aku terdengar perbualan 2 budak sekolah sebelahku.

Budak 1 : "Jeff, aku rasa larr, pompuan tu mesti cerdik orangnya."

Budak 2 :"Yang mana?"

Budak 1 :"Tu yang tu..."

Budak 2 :"Yang mana satu nih?"

Budak 1 :"Ala ko nih. Takkan lar aku nak tunjuk ngan tangan, nanti kantoi larr."

Budak 2 :"Yang mana? Ke yang seksi tu?"

Budak 1 :"A'ah."

Budak 2:"Lor, Asal plak?"

Budak 1:"Ko tak penah dengar orang tua-tua cakap ker?"

Budak 2:"Cakap per?"

Budak 1:"Alar ko nih, slow arr..."

Budak 2:"......"

Budak 1:"Kan orang tua ada cakap...ILMU PENUH DIDADA. So, dia tengah show off larr tu."

Terkezima kejap mendengar dan disambut gelak-tawa nakal 2 budak sekolah nih. Bila aku kenangkan balik zaman aku sekolah dulu aku pun senakal diorang gak. Asyik dok kutuk orang jer.

Dunia dah maju, zaman dah berubah.


Labels:

posted by inam kitites at 3:19 PM | 0 comments
Monday, September 8, 2008
dimanakah dikau sekarang?
dimanakah dikau sekarang?
dimana menghilangnya dikau?

aku bagaikan bangkai bernyawa kini,
hilang kau tanpa tanda berpesan,
pergi merajuk tanpa belas ehsan terhadap ku,
membiarkan aku terus hanyut dan hanyut dan terus hanyut,
dimana menghilangnya dikau?

bersaban detik rindik ku lalui,
tiada berubah walau serindik,
aku sudah tidak seperti kala nan lalu,
gagah, tabah, cekal atau seluruh pekara yang terbukti waja.
kemanakah dikau?
kemana dikau menghilang?

kembalilah..
aku merindui mu.
hujungkan saja rajukmu itu.

ku tahu betapa peritnya kau lalui.
ku sedar betapa hancurnya harapanmu berlalu.
....

kembalilah...,

salina wahab
0545
09092008

Labels:

posted by inam kitites at 2:44 PM | 0 comments
Wahai tuhanku..

Jangan kau serahkan aku ini kepada diriku,
aku tidak mampu untuk menguruskannya.
Dan jangan kau serahkan diriku ini kepada orang lain,
nescaya mereka akan menghilangkan aku.

Labels:

posted by inam kitites at 1:17 PM | 1 comments