Monday, July 18, 2011
Gelang dua belah tangan digrip ke belakang badan
Ditonyohnya muka rapat menyembah ke bumi
Sepak teranjang agar tidak engkar tugas arahan
Hayunan buku lima mencari cengkungan mata.

Diheret mulut kolar masuk ke dalam mesin beroda
Dibentak sergah agar bisu tak terkata
Dipaksa memberi maklumat namun dibelitkan fakta
Lalu jerkah si Misai Lintang Lebat
"Mengapa kau degil lagi menderhaka!!"

Disumbat kasar dengan mereka yang dinobatkan sebagai SAMPAH NEGARA
Bergaulah ia dengan mersa manakala jari dihitung mengira masa

Diragut kasar keluar untuk pindah ke trak gergasi
Untuk dihadap kemuka gelangang
Berpeluang memenuhi buku runtingnya
Menambahkan sibuk sang pembela
Yang harus berdebat dengan sang pendakwa

Sang Arif asyik dengan kerjayanya
Manakan nak jaga hal rumah dan tangga
Inikan pula hal yang tak seberapa
Lalu ditunda mengikut suka

Lama pertarungan debat itu
Lama sungguh hingga memakan masa
Hingga ada yang jemu lagi mendengarnya
Malah ada jua yang berpaling tadah
Dan pergi kerana tidak yakin dengan perjuangan ini

Berpenghuni sebentarlah di situ
Belajarlah pekara yang unik dengan mereka
Pasti ilmu di DALAM tiada tandingan
Hanya insan terpilih layak bercerita
pada mereka yang dibutakan dengan KASUT GETAH KEBUN
yang kini sudah glamour dipasaraya
dan tak lupa jua pada mereka yang gilakan beg tangan berjenama
Harus diceritakan dengan adil dan teliti
Walaupun mitos di DALAM tak sehebat bermain BASIKAL kayuh tanpa henti
yang hanya berhenti tika malas berkayuh

Kerana SEKS perjuangan digadai
Kerana itu perjanjian terlerai
Kerana merah DARA hajat tak sampai

Tapi..,

Pergi mati dengan semua itu
Kerana...,
Aku Rindukan Tirai Itu!!

salina wahab
19072011
0702






posted by inam kitites at 3:31 PM | 0 comments
Friday, July 8, 2011
terlalu sebok sesebok aksi aku di awal video!!

Kuantan Longboarding Jam 2011 from syamly on Vimeo.


KUANTAN LONGBOARD JAM 2011 from kecikgnome on Vimeo.




Kemudian aku kepenatan dan sebu di GEGO JOHO!!

GEGO 2011: The Next Wave - Promo from johobaru on Vimeo.


tak sabar rasanya untuk berBUSKIN' bersama jejaka buncit kenrinduan (JEJABUS KANGEN) di melaka!!
kalau sempat kita mandi WATER CANNON di KL!!
posted by inam kitites at 2:55 PM | 0 comments
Takala Umat Islam di Palestine berjuang mempertahankan Hak & Maruah demi Islam,
ia digelar sebagai TERRORIST!!
Takala Zionist berjuang perangi komuniti Islam demi mempertahankan diri,
ia digelar sebagai FREEDOM FIGHTERS!!
Takala cendekiawan Muslim mengkritik sejarah serta budaya Zionist,
ia digelar sebagai ANTI-SEMANTICIST!!
Takala berjuang mempertahankan hak seperti bertudung-litup,
ia digelar sebagai FUNDAMENTALIST!!
Takala non-muslim memaksa Islam menerima gaya dan cara hidup mereka,
ia digelar sebagai TOLERATION @ LIBERAL!!
Takala sibuk memperkatakan isu pilihan beragama,
ia digelar sebagai HAK KEBEBASAN INDIVIDU!!

Butakan mata,
Pekakkan telinga,
Bisukan mulut,
Gelapkan hati,
Jangan bersuara walau sepatah,
Jangan peduli walau senada,
Jangan berganjak walau dihembus,
Telanlah kita bersama FINTAH yang sangat FIT!!

Ketat lagi Padat!!

SALINA WAHAB
0508
09072011
pasir gudang
JOHOR!!

Labels:

posted by inam kitites at 1:48 PM | 0 comments