Thursday, May 27, 2010
Bebaru nih aku dan Salina Wahab telah mencabul hak asasi haiwan dengan melakukan kajian pada 2 ekor Ikan Laga. Kononya kajian ini telah dilakukan untuk membuktikan bahawa manusia yang wujud di muka bumi ini memiliki fahaman atau kepecayaan dan jika lebih tepat ia ditakrifkan dengan ertikata lain kepercayaan atau agama.

Dalam kajian asal dijalankan di mana satu akuarium yang menempatkan seekor ikan disediakan. Pada waktu-waktu tertentu,ikan tersebut diberi makan bijian makanan. Ikan itu makan seperti biasa. Kemudian satu penghalang lutsinar telah diletakkan di tengah-tengah akuarium itu menjadikannya dua bahagian sama rata, ikan di satu petak dan yang satu lagi adalah ruangan kosong. Kemudian bijian ditaburkan di ruangan kosong.

Dan hasilnya.

Ikan itu segera meluru ke arah bijian itu. Namun setiap kali ia mahu menuju ke arah makanan,ia telah tersadung dinding lutsinar tersebut. Situasi begini terjadi berulang-ulang kali sehingga ikan itu tidak lagi kelihatan cuba menuju ke arah bijian makanan tersebut. Kemudian dinding lutsinar itu dikeluarkan.

Satu situasi menarik telah berlaku. Ikan tersebut membiarkan sahaja bijian makanan itu. Ia tidak cuba untuk mendapatkannya. Satu akurium lain berisikan seekor ikan disediakan sebagai kawalan. Sebaik sahaja ditaburkan makanan, ikan di dalam akuarium yang kedua bergegas meluru mendapatkan makanan. Tetapi anehnya,ikan di dalam akuarium pertama tadi membiarkan sahaja bijian makanan itu terapung-rapung di sudut bertentangan. Satu lagi ciri yang dapat dilihat, ikan itu seolah-olah berenang di dalam kawasan yang terhad, iaitu separuh dari akuarium itu.

Tetapi dalam skop kajian kami berdua mendapati ikan laga memberi jawapan yang unik iaitu jika ada fahaman lain yang dirasakan bercanggah dan terancam maka berlakulah perang. jadi apakah kaitannya dengan kita?

Mungkin ia hanya kajian semata-mata dan di akui oleh salina yang tak jemu menghidangkan air milo untuk aku yang lapar lagik dahaga.

Labels:

posted by inam kitites at 11:30 PM | 0 comments
Monday, May 24, 2010
sambil duduk isap rokok kat luar aku terpandang anak kicil yg x kurang lar kiutnyer...sambil aku menghembus asap rokok yg mampu memudaratkan aku secara pelahan-lahan anak comey tuh makin comey reaksinyer...

"ah sudah!! jangan terpengaruh sudah dengan tebiat merokok nih." detik dalam ati aku.

tetiba aku jadi leka dengan telatahnyer..

"hoiit!! ko rindu ekk?" tegur salina wahab dengan mengejut, hampir tersedak aku tercekik asap rokok menthol black aku.

"rindu aper lak nyer?"

"tuh...." dengan memuncungkan bibir menghala ke arah budak comey yang makin comey aksinya isyyhh geram plak aku tgk budak comey tuh.

"banyak larr ko." sambil menyedut kembali tembakau yang kian pendek.

"abes dari tadi aku tgk ko leka dok pandang budak tuh?"

"hrmmm"sambil melepaskan nafas panjang dengan asap rokok yang bekebok melalui hidung aku.

"dah la tuh. benda yang lepas buat per nak kenang lagi, da xder rezeki ko ngan dyer. da minum air milo nih, ko tuh dah larr banyak kejer yang x siap lagik nih." bebel salina yang kadang-kala aku rasa gian kalu x dengar leterannyer macam dok layan lagu radiohead =)

"aku nak minum air teh-o larr"

"ko nih teh...dah larr tuh...ko tuh dah larr kejer x igt nak rehat, makan kurang, lagik nak minum teh. kembong kang saper susah, ko gak nanti."

"aper susah..amek jarum cucuk, pusshhh... kuar angin..."

DISHH!!

"bodo ko nih!" salina gerak ngn selamba lepas menhinggapkan buku limanya kat tulang pipi aku.

"aduhh" sambil aku terkebil-kebil bila dipikirkan balik aku nih rindu @ teringin pun aku x pasti.


Labels:

posted by inam kitites at 4:52 PM | 0 comments