Video di atas pasti ramai yang gagal memahami motif posting aku kali nih. Takper, selesai jer baca taipan melalut aku nih korang semer yang suka membaca mengalahkan hobi yang suka menaip mungkin paham trailer kat atas atau ada yang x sabar terus jer layan trailer kat bawah.
Pada aku adam dicipta untuk membuktikan betapa berkuasanya ciptaan maha-berkuasa manakala hawa diciptakan untuk adam serta membuktikan betapa liciknya ghaib kedua selepas maha-berkuasa. Sejarah jua membuktikan bahawa gagahnya sesuatu empayar bersejarah pasti ada kelibat kaum hawa di belakangnya dan sejarah juga membuktikan jatuhnya segelitir kaum adam yang gagah pasti ada susuk tubuh hawa di belakangnya. Begitu jua industri film kita kini. Jika ada hero mesti diselitkan heroinnya. Berjaya film itu pasti kerana heroinnya dan buruk movie itu disebabkan heroin yang dah basi.
Industri film dunia mengalami masalah yang kritikal kini setelah mengenal pasti produk film kini hanyalah dari sudut pandang mata kaum adam sahaja walaupun pengarahnya dari kaum hawa. Di malaysia umpamanya kita mengambil contoh pengarah kaum hawa seperti yang berasal dari N9 pun tak mampu menghasilkan seni film dari sudut pandang kaum hawa.
Namun jika dilihat pula akan karya isteri kepada pengarah film AVATAR jua gagal mengetengahkan seni dari pandangan kaum hawa walaupun beliau memenangi sebagai pengarah terbaik dengan film "The HURT LOCKER". Mungkin kerana filem itu bersifat peperangan maka tiada langsung isu yang berkait.
Mungkin ramai yang belum memahami apa yang aku merepek.
Isunya begini sedarkah kita semua baik dari kaum adam dan hawa film, drama malah teater rata-ratanya dari skop pandang mata si adam. Salah satu cirinya adalah bercirikan HERO, kalau bukan kaum adam yang menjadi hero pun mesti bercirikan HOT CHICK.
Mungkin masih ramai yang belum memahami. bak kata orang tua "jangan di layan orang bodoh nanti kita yang bodoh" jadi korang layan trailer versi ENGLISH kat bawah ni.
Genre citer ni yang aku sifatkan sebagai ROAD MOVIE dari ITALI nih seakan memperkatakan benarkah kaum hawa itu lemah. Waktu aku budak-budak dulu Ustazah aku ada cakap "Hawa dijadikan dari rusuk kiri sang Adam bertujuan simbolik". Setelah aku dewasa kita aku mengerti akan kata-kata itu kerana logiknya tulang rusuk sememangnya bengkok dan tugas si Adam seharusnya meluruskannya di jalan yang lurus.
Namun kini segagah mana pun lelaki, sehensem manapun pakwe yang lepak kat COFFE HOUSE (kini dah dipanggil kopitiam) pasti terkulai dengan serangan HAWA dan begitulah hebatnya ciptaan maha-pencipta yang maha-adil lagik saksama.
Kaum Adam "kini" jika putus cinta gelaplah dunianya tetapi bersongsangan pula dengan sang Hawa, kelamnya sementara. Disebalik jiwa halusnya sebenarnya terpasak 1 aura gagah yang tak setanding si Adam (pastikan anda membacanya di landasan yang betul kerana tidak ia mirip menghina sirah ambia) mampu mengharungi lautan api berliku dalam acara single tanpa perlu berdepannya dalam acara bergu campuran.
Umum pernah berkata di luar hutan di dalam taman dan kini bumi telah membuktikan rata-rata hutan malah hutan simpan jua dicabuli manakala taman senantiasa dipayungi. (melalut lagi)
Pane e tulipani atau dalam penterjemahan Englishnya berbunyi Breed & Tulips garapan arahan Silvio Soldini sekitar tahun 2000 mempertengahkan siapa sang Adam kini tanpa Hawa. Berapa ramaikah Sang Adam kini yang mampu mengosok baju pejabatnya tanpa si Hawa? Berapa ramaikah petani mampu berkebun tanpa isteri yang berpenat jerih mereneh sup di dapur? Berapa ramai jejaka tampan mampu berselesa dengan gadis lorong takala jiwanya yang kosong memerlukan sang peneman? Dan banyak lagik persoalan berapa ramaikah yang harus terungkai.
Posting nih bersambung!! (SPOIL kan)
Labels: Penglibur Karut, Video



