Wednesday, June 15, 2011

pada 4hb june baru nih aku da join satu program 2nd annual gathering 2011 "m'sia didgeridoo & percussion collective" di TC pahang. tujuan aku join pun just nak havockan suasana jer tapi akibat fizikal aku yang tak tido selama 24 jam maka lain plak jadiknya.

semernyer terjadik dengan kebetulan. 1st aku dicolek dek Amarisa yang baru sampai dari KL dan lepak bersama SAT, Buffro, AmarGo & Gato disebuah MAPLE di sisi ECmall.

selesai jer upacara TANIK kat situ terus aku, sat dan amarisa ke TC kononnya nak tunggu isyarat dari amargo dalam proses pencetak baju-T tapi amarisa cakap "masing-masing dah lemau" lalu kami tukar plan dengan mencolek RAFIZ di rumahnya lalu bergegas la kami ke TERATAK TC untuk sessi JAMM.

memang happening di situ. aku yang kebetulan nak minum jer kat terus join sesion tuh sampai lebam lalu aku sat dan rafiz ditinggalkan dek amarisa. maka bermulalah sesion lalak sampai ke pagi di TC. tu pun sebab tetiba jer ada rombongan berfamily datang, kalu tak kompom kitorg melalak lagik jadik kami lepak di GANDOM dan sambung melalak tapi aku turun main SKIMBOARD (rindu boh sebulan lebey tak ride).

sedar tak sedar matahari dah meninggi dan jam dah pukul 2. perut lapar dan mata berpinau so kami bertiga mencari bekelan rokok dan segelas minuman tapi masing2 dan mencecah 2 gelas sorang.
tiba masanya kira-kira jam 2.30 pm acara bermula maka kami begerak ke venue perjanjian dan aku rasa mcm dalam kawasan kejutan budaya. (mybe sbb aku tak tido lagik) aku yang disaiko dek sat untuk join program pun mendaftarlah nama dengan alat muzik yang dibawa dek rafiz "kazoo"

ye kazoo sejenis alat yang kurang feymes ini dah dibeli dek rafiz kat kedai muzik IKANO dan yang mengelikan hati aku katanya tokey kedai tu cakap "hallo kawan, lu pandai main ka ini barang?"
Kazoo dipercayai berasal dari AFIRIKA pada ratusan tahun dahulu yang mana bunyinya seakan meniru bunyi binatang yang bertujuan untuk ucpacara istiadat. bagaimana pun ada jua pendapat yang menyatakan kononya kazoo telah wujud sekitar kurun ke-19 dan telah dipetenkan di NEW YORK dan jua mempunyai muzium khas untuk KAZOO.

Sewaktu aku beraksi dipentas petang tu aku agak keciwa kerana gagal mengetengahkan nada kazoo tetapi di malam hari dengan sifat tamak kerana tak tido dan tak makan langsung selama genap 24jam aku bolot MIC sorang diri maka bergemarlah KAZOO di TC malam tuh.

time ni aku pun xpaham konsep yang kami main

secara tiba-tiba kazoo menjadi feymes dan semua orang nak try sehinggalah malam minggu baru nih sewaktuh aku berbuskin' bersama "JK" bunyik kazoo masih bergema.
malamnya kami hiburkan dengan aksi api dari JOE!!

rafiz nanti aku pulangkan kazoo ko ekk..takpuas lagik nak tumpang glamour.
p/s: credit to alia, buffro salina wahab & shapiq untuk gambar & video diatas.

Sebuah lagu yang mengunakan kazoo dari bini orang yang cantek -amanda lee-


lalu datang salina wahab meyakat aku..

"mana satu air yang ko nak? aku bawak tiga jenis kali nih.. TEH-O air angau lama, Milo-Beng ur febret drink ever or the nu-one...bandung?"

"ko nih mcm komfirm jer air bandung nih."
KAH KAH KAH xder saper tau kalu tak tekan Ctrl+A

Labels: ,

posted by inam kitites at 1:17 AM |



0 Comments: