Tuesday, December 23, 2014
*******
"Cis!! kalah lagi" degus Pak Karim Tempe.

Bukan setakat Pak Karim Tempe sahaja yang kecewa, malah seluruh peminat bolasepak Malaysia turut kecewa dengan kegagalan pasukan negara kepada pasukan dari negara jiran, Thailand. Benarlah ramalan teori kurator-kurator Twitter bahawa belum pernah lagi dalam sejarah bola sepak, pasukan gajah kalah kepada pasukan harimau. Tahun ini sahaja sudah dua kali perlawanan akhir membuktikannya dalam temasya tempatan.

"Tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu ni." bebel Pak Karim Tempe yang masih berdiri di hadapan television warung Muneandy.

"Aku tak boleh biar ni. Sudah banyak kali ni." getus Pak Karim Tempe.

Lantas Pak Karim Tempe beredar menuju ke basikal  tua pusaka peninggalan bapanya, Haji Meon yang merupakan bekas penghulu Kampung Kertas.

“Dey kawan! Air sapa mau kasi settle la dey?” jerit Muneandy.

“Esok aku bayar la. Macam tak biasa.” balas Pak Karim.

“Jangan itu macam la kawan...”

“Esok, esok..”

Belum sempat Muneandy habis berkata, Pak Karim terus beredar membelah pekat malam bersama basikal tua pusakanya.

*******

Pagi hari minggu itu udaranya amat nyaman. Sekawan burung berterbangan dengan kicauan kegembiraan dari pelbagai spesis telah memecah hening pagi yang damai. Tapi jiwa Pak Karim Tempe tetap bergelodak dan tidak setenang tasik yang tiada buaya. Kekalahan semalam amat perit. Tewas merebut piala kebanggaan rantau Asia Tenggara baginya ibarat kegagalan pasukan Brazil menjuarai kejohanan bolasepak Piala Dunia.

Seawal pagi lagi Pak Karim bersiap dengan berpakaian kemas. Berbaju kemeja putih lusuh lengan panjang. Berseluar panjang hitam pejabat. Berkasut Converse merah limited edition hadiah dari anak bongsunya, Malik. Dengan langkah penuh bersemangat Pak Karim Tempe menuju ke basikal tuanya.

“Amboi Pak Karim. Awal benor nampak. Biasanya hari minggu macam ni payah nak nampak muka. Lawa kemain lagi ni. Nak ke mananya weih?” tegur Zali Intai yang muncul secara tiba-tiba.

“Ya Allah kamu ni Zali. Terkejut aku.”

Sorry la Pak Karim. Ni nak ke mana ni?”

“Ada la urusan aku ni, yang kamu nak nyibuk hal orang tua ni kenapa? Dah dah! Aku dah lambat ni.”

Dengan segera Pak Karim Tempe mengayuh basikal tuanya meninggalkan Zali Intai yang terhegeh-hegeh masuk port untuk sekodeng Mak Mah Janda Gebu di belakang rumah Pak Karim Tempe.

*******

Suasana lengang pekan Tumpu memang menjadi budaya pada setiap pagi minggu. Jalan raya jua lengang sehingga jika ada kekura pun ia mampu menyeberangi jalan dua hala. Hanya beberapa buah kedai termasuk gerai makan sahaja yang masih berniaga. Tidak pasti mengapa mereka sanggup berniaga. Bukannya  ramai orang pun.

Pak Karim Tempe tiba di sebatang tiang lampu lalu memakir basikal tua pusakanya dan merantaikannya sekali. Dikeluarkannya sikat oren pendek lalu menyisir rambut yang dah tak berapa nak hitam dengan kemas. Jarak kayuhannya dari Kampung Kertas ke pekan Tumpu hanya memakan masa empat puluh lima minit. Dengan tempoh semacam itu sudah pasti sisir rambutnya perlu diperbaiki.

“Semalam dah la kalah. Cara ni je yang aku mampu” bisik hati kecil Pak Karim Tempe.

Pak Karim Tempe terus mengorak langkah demi langkah dengan penuh confident menyeberangi jalan raya yang lengang tanpa perlu menoleh ke kiri dan ke kanan. Lagak hayunan kakinya melangkah persis hero pencen. Hala tuju laluannya menuju ke arah sebuah permis lalu Pak Karim Tempe masuk ke dalam perut permis tanpa sedikit kegusaran pun di hatinya. Pak Karim Tempe kini terpacak di hadapan kaunter.

“Amoi. 2032 kecik seringgit, besar seringgit.”
-MAT-


naskah asal dari blog aku yang baru SedarTakKorg...
posted by inam kitites at 11:22 AM | 0 comments
Monday, May 12, 2014
Setelah kecoh di sana-sini membicarakan isu Menteri Besar Terengganu meletakkan jawatan secara mengejut, isu demikian jua turut menjadi perbualan penduduk kampung Pantai Monika Bay yang di dalamnya terdapat satu kedai kopi di mana penduduknya sering berhimpun untuk membuang sisa-sisa kehidupan harian setelah penat bekerja di siang hari.

Pok Wang Jendul tersenyum riang dengan isu yang hangat diperkatakan kini sambil menghirup kopi-o hitam pekat cap Budu Tereng.

"Bijok ahh... Mu doh takdok, senang arr sek-sek ni nok kambek esok" bisik kecik Pok Wang Jendul sebaik sahaja beliau membelek suratkhabar mukasurat halaman sukan.

"Hambok Pok Wang, senyum lebor napok, bahang nobo ekor ke guane? Hutang kopi bulang lepah bile nok bayor?" tegur Pok Huseng tauke Kedai Kopi Kampung 1M'sia.

"Mung doksoh risa arr Seng... Mat Said doh benti jadi embi ni, ade cang arr aku bayor habeh belake hutang kopi mu nih"

"Guane plok gitu? mung nok naik ganti Mat Said plok ke guane? Gurau molek mung ork"

"Babpe nak ganti dianyer, layang aku, ni hah, kalu dia benti jadi embi maknanyer ade cang la Titing menang esok nih, sebab dia arr aku sokmo kaloh betting, sokmo dok kaca Azraai Khor nok bowok naik Titing ekk" jawab Pok Wang yang tersengih dengan penuh yakin dan confident yang 100%.
posted by inam kitites at 12:34 PM | 0 comments
Tuesday, February 4, 2014

sejujurnya gua memang rindukan kerja roadie/krew di pentas. gua rindukan kefokusan sesuatu agar tidak tercetusnya sebarang kesilapan teknikal. gua rindukan kecergasan berlari kelam kabut agar segala program berjalan lancar dan dalam awal video live ini (0.40) meningatkan kembali zaman gua menjadikan roadie sebagai kerjaya.

walaupun tak banyak pengalaman pahit mahupun manis yang gua tempoh serta kadang-kadang bayaran yang tak setimpal (pernah jgk dapat upah mkn maggi mamak je) akan tetapi gua tetap enjoy bila dapat melihat segalanya berjalan lancar.

tapi bukan kisah roadie/krew yang gua nak bercerita tetapi perasan enjoy walaupun tak berbaloi. mengambil bait lirik lagu ini...

"aku tidak pernah nak minum lagi,
aku hanya, aduh, aku hanya perlu teman,
aku tak mahu menghabiskan sepuluh minggu,
adakah semua orang fikir aku munafik?"

keseronokkan gua menjadi roadie/krew hanya kepuasan yang sukar digambarkan kerana ia menuntut kepada saraf peka dan fokus dan mengapa gua jadi demikian?

mungkin kerana gua tak punya teman untuk meluahkan bicara hati gua, jika gua murung gua akan cuba mendengar masalah dan keluhan hati orang lain kerna gua percaya, orang lain lagi teruk keluh isihatinya dari gua maka dengan cara itu gua kembali bersemangat agar tidak murung berpanjangan.
posted by inam kitites at 11:39 AM | 0 comments
Wednesday, August 21, 2013
Beberapa hari sebelum 31hb Ogos.


Dua orang lelaki yang berlainan usia melewati sebuah kawasan di Jalan Hang Jebat selepas hajat mereka untuk ke Taman Merdeka melihat cendawan gergasi terbantut akibat kawasan berkenaan sudah dipagari dengan zink biru. Ini berikutan tersebarnya khabar angin kononnya cendawan gergasi itu akan membesar serta menjulang ke langit yang akan diberi nama Menara Wawasan.


Lalu..


ATAN: Kenapa ramai sangat orang ni Tok? Ada apa ni?


ATOK: Oo.., tempat ni namanya Stadium Merdeka, Cu. Sekarang ni bulan merdeka jadi kalau dah ramai-ramai gini biasanya ada acara Pesta Bola Merdeka. Dulu pasukan Malaysia kuat Cu, banyak pasukan-pasukan bola dari luar negara datang nak lawan dgn kita. Jepun datang, Korea datang, Rusia datang. Haa Republic Czech pun pernah datang. Eh moh lar kita nengok bola Cu.


Lalu Si Atok dan cucunya memasuki ke dalam stadium selepas Si Atok membeli tiket di kaunter tiket.


ATOK: Celake punya kerajaan sekarang, mentang-mentanglah dah berpuluh tahun merdeka, tiket bola pun nak jual mahal ke?! Sudah la masa zaman penjajah dulu, mereka kaut segala macam hasil bumi ni, sekarang sudah merdeka pun nak cekik darah jugak ke?!


BOMMM!!


Tak semena-mena, Si Atok tadi mati akibat serangan jantung dek terkejut mendengar bunyi letupan yang kuat hasil gimik kumpulan rock dari Amerika Syarikat untuk pembukaan lagu Enter Sandman. 20 tahun dulu kalau mahu Metallica datang Malaysia ianya dianggap sebagai perkara mitos.


ATAN: Tepuk amai-amai Metallica.


-TAMAT-
posted by inam kitites at 6:40 AM | 0 comments
Thursday, May 17, 2012

sebenornya aku bercadang nk buat sebuah skrip adiwira versi dinosour sbb aku pikir kalu transformer yg mega superb pun bley ada karektor dinosour, kenapa tak superheroes @ supervillian versi dinosour..tapi baru aku nk discover dalam google dengan harapan xde org laen buat,  terjumpa terus imej yang aku bayangkan ciss!!

so kalu korg nk tgk yg full silakan ke website http://superherodinosaurs.bigcartel.com/

yey!!

Published with Blogger-droid v2.0.4
posted by inam kitites at 11:17 AM | 0 comments
Monday, April 23, 2012

Salam takziah kepada Wan Boloq sekeluarga atas pemergian ayahanda beliau jam 7 malam semalam dan kini sessi pengkebumian jenazah semoga rohnya aman.

AL-FATIHAH...

AMIN


Published with Blogger-droid v2.0.4
posted by inam kitites at 8:16 PM | 0 comments
Thursday, January 26, 2012
Alkesoh..tersebut la perihal seorang lelaki Islam ponteng sembahyang jumaat.
Dia tak pegi mesjid tengohari te, tapi dia pegi masuk hutan untuk memburu ayam hutan, kala jumpa kancil ker, pelanduk ker dah kira rezeki la.....

Tengoh dia terhendap2 kat dalam semok tu, tiba2 dia terlanggor dengan seekor RIMO yang tengoh lena tidur.
Dia pon terkeranjat beruk, dan senapangnya tercampok lalu tergelungsur ke bawoh tebing. Dia pulok tergolek ke aroh lain, dan jatuh ke atas batu dan PRAKKKK!! Kedua2 beloh kakinya patoh.

Jangan riso .. ini bukanlah berita buruk yerk. Ada lagi ..
Berita buruknya adalah RIMO tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh nok bergerok lagi.

Dalam pada tu, lelaki tu pon berdoa la... "Ya Allah,"....... "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 suasana dalam hutan tu sunyi sepi! RIMO tadi tiba2 terhenti betul2 kat depan lelaki tadi.

RIMO tu tiba2 njadi seekor rimo yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadoh kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fiima razaktana, wa qiina 'azzaabannar. Amin! "

credit to:- apai (pengolah cerita terbaek)
posted by inam kitites at 9:28 AM | 0 comments
Wednesday, January 18, 2012
wow!!

Macam biasa.., kalu dah lama tak update blog mesti 1st kuar "lama nyer tak update blog" lepas tuh cerita kenapa lama tak update blog dan bla bla bla....

Ok ok..Sejujurnya aku takde isu yang nak diajak berkongsi cerita, maybe kisah hidupku tak sehebat filem box-office "KONGSI" jadi tak dapat lar aku nak berkongsi cerita. Lagipun kalu aku berkongsi jugak bukannyer ada pun orang nak dengar atah lagi baca.

Tapi tu tak bermakna aku hanya menjadi stalker blog org laen bila aku dah malas nak menaip tapi aku sedang menikmati betapa indahnya cerita orang laen tapi tuh tak bermakna aku tak bersyukur dengan kisah hidup aku.

2011

Sepanjang 2011 yang lalu tak banyak sangat cerita gembira berbanding tahun sebelumnya, mungkin kerna aku kini sedang memilih jalan gaya hidup sederhana tapi antara berita gembira untuk aku sorang jer ekk pada taun ni, air febret TEH-O aku dikurniakan cahaya mata pertama, putri lagi. Tahniah dan ulang tahunnya pun dah tak lama lagi semoga kehidupannya senantiasa diberkati hendaknya -amin-

Antara lain pula si mata cantek dah kepelamin dan tiada lain hanya itulah antara berita yang paling aku happy sepanjang 2011 tapi sayangnya aku gagal menghadirkan diri dihari besar mereka dan berita terbaru si mata cantek dah tak sabar dengan gelaran ibu..yey!! Kali ni aku janji akan jumpa korang bila baby tuh kuar (kalu tak pandai janji tak elok janji mat-->tegur salina wahab dari belakang)

Dan tahun 2011 jua aku bertemu dengan bini joker (gelarang yang diberi oleh EDY TEMPE) yang masih lagi bersabar dengan kerenah kuno aku yang aku sendiri tak tau bila nak berubah walaupun selalu dimaki dek salina wahab.

Untuk adik bongsu aku plak aku hanya mampu tumpang happy jer bila dia dapat 2 berita gembira tentang dunia bowlingnya dan antara hasratnya tercapai iaitu beli henfon dengan hasil kerjaya sukannya dan "dapat gak dia bela kucing".

Mulanya ada sekor kucing ni sesat kat rumah aku. Sian plak aku tengok, dah la kecik lagik, bisu plak tuh tapi skrang dah jadik 8 ekor kucing kat umah tapi si BISU ni beranak 5 ekor jer yang 2 lagik member abah aku kasi sepasang.

MUZIK

Ada yang tanya "apa dah jadi dengan TERATAK RETAK" so dengan selamba aku jawab "tunggu offer" tapi disamping tuh aku rasa sangat bertuah kerana dalam tahun 2011 jua aku berjaya mencapai hasrat dalam band walaupun bukan dari band sebenar aku (thx BAFRO)

TOUR PENIS-ular JEJABUS KANGEN berjaya walaupun tidak sempurna 100% namun aku sangat gembira dengan line-up band ni tapi yang mendukacitanya pula aku gagal memberi tumpuan pada satu lagik band projek NO HOPE pasal selalu bertindih dengan tour JEJABUS KANGEN (sori RAFIZ..sori sangat2).
penutup tour jejabus kangen

SUKAN LAUT

Nampaknyer tahun 2011 nih aku main skimboard sorang2 larr sebab yang lain terlalu sebuk dengan hal masing2.. Takper, gua tak kerja, so boleh lar gua pulun kaw-kaw.

Untuk season 2011-12 nih aku rasa bertuah pasal antara hasrat aku dari kecik sudah tercapai. Trip tepi laut yang best buat masa ni, tapi bila ditanya bila nak transfer so aku jawab "tak kot sebab tak orang nak main skimboard"

TAHNIAH to GANDOM TC SURF SOCIETY

jadi tak banyak sangat cerita yang bley dikatogarikan (macam pelik jer aku eja) sebagai menarik namun dalam masa yang sama aku tak lupa untuk hadiahkan al-fatihah kepada insan penting pergi bertemu yang esa moga ia di tempatkan di tempat yang sepatutnya -amin-.

posted by inam kitites at 11:33 AM | 0 comments
Sunday, January 8, 2012
tak mustahil suatu masa nanti bakal wujud
gencatan keyboard mengantikan gencatan senjata!!
tetapi agak mustahil kerana
perang mulut sentiasa bergema mengantikan perang dingin!!

salina wahab
0238
08012012
desaru JOHOR
posted by inam kitites at 10:41 AM | 0 comments
Sunday, December 4, 2011
BEBAS itu sebebas bibir berbicara selancang mulut berkata-kata,
KONGKONG itu seperti keinginan manusia untuk menjadi sekawan burung serta sekawan ikan.

salina wahab
041211
1045
jeti merang
terengganu
posted by inam kitites at 12:54 AM | 0 comments